Taiping Lake Garden dibina pada
tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di
Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah
ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping.
Kellie’s Castle dibina oleh Inggeris
yang dikatakan belum pernah tinggal di dalamnya. Ia terletak berhampiran Batu
Gajah, dan jika anda memandu lebih kurang 20-30 minit dari bandar Ipoh, Perak.
Ia dibina pada tahun 1915 dan pembinaannya terhenti selepas kematian William
Kellie Smith.
Dibina pada tahun 1885 oleh
kontraktor China, Chong Leong Choon, merupakan menara setinggi 25.5 m yang
terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah suatu kemestian bagi
mereka yang ingin melawat salah satu tempat menarik di negeri Perak. Pada
awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di
bandar. Kini, struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik
bagi pengunjung.
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau
yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki
feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi
mereka yang ingin berkunjung ke sana.
Wetlands
Putrajaya
Salah satu tempat yang menarik di
Putrajaya yang terdiri lebih dari 70 spesies tanaman. Wetland di Putrajaya,
Malaysia menjadi kawasan air tawar terbesar dibina di kawasan tropika di mana
jumlah keseluruhan keluasan ada lebih kurang 200 hactares.
Masjid Putra adalah sebuah masjid
berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ini terdiri
daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m
dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra
dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.
Taman
Botani
Taman Botani merupakan salah satu
taman yang menarik dan menjadi satu tarikan sebagai taman tropika. Taman ini
seluas 230 hektar atau 93 hektar bagi pembangunan taman ini. Terdapat
kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini dapat anda lihat di mana lebih dari
700 spesies tanaman di taman ini berasal dari lebih dari 90 negara di dunia.
Kuah yang dahulunya sebuah pekan
kecil yang memiliki hanya beberapa batang jalan kini membangun sebagai sebuah
kawasan yang menempatkan hotel-hotel, kompleks membeli-belah dan aktiviti
perniagaan yang berkembang pesat. Kuah menawarkan pelbagai barangan bebas cukai
seperti tembakau, kosmetik dan perkakas elektrik pada harga yang menarik.
Taman
Lagenda
Merupakan taman-taman indah yang
dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok
buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi dengan pameran
yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dan
setiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.
Kota Mahsuri
Dengan sejarah legendanya merupakan
kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kini dipelihara buat tatapan
generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, Kota Mahsuri
ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang
difitnah dan dihukum bunuh. Menurut legendanya, ketika menjalani hukuman
mati, tubuh Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda
kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah menyumpah
pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.
Pulau
Redang
Pulau ini menyediakan paling banyak
kemudahan percutian dan penginapan,
termasuk dua pusat peranginan besar
dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang
terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat
boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari
sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku
makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau
ini.
Pulau Bidong
terletak
dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang,
bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk
memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau
ini.
Pantai
Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu
Pantai tersebut dilengkapi taman
permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan
menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak
gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa
Di sebelah
Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem
menawarkan
sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang
berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan
liar.
Gua Gomantong yang berjarak sekitar
32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet.
Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua.
Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Sungai Kinabatangan adalah sungai
terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia
dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai
lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran
sungai tersebut.
Poring Hot Springs terletak di
sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih
kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh
merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu.
Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau
lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah,
Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan
pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam
terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan
cerita anda di sini.
Iklim sejuk, ladang strawberi dan
teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di
Malaysia pasti menawan hati pelancong.
Taman negara yang pertama dan tertua
di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang
menyeronokkan.
Merupakan salah satu gua yang
menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian
saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang
dikatakan mempunyai nilai perubatan
Pulau Tioman yang berbentuk mirip
seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara
pulau-pulau di perairan pantai Timur.
Taman
Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong yang mempunyai
keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang
landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan
tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama
yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati
pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching
Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah
bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga
terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda
beli dan bawa balik.
Dengan melawat perkampungan ini,
anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar
muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45
minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk
kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek
sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai
tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu,
Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.
Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan
Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Honey Bee
Farm
Honey Bee Farm merupakan salah satu
tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah
secara komersil yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat
berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan
dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung
boleh mendapatkan madu lebah asli serta mengetahui khasiat sebenar madu
lebah.
Balai
Besar
Dibina pada tahun 1735 oleh Sultan
Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada
kayu. Balai Nobat pula
dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai
khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong.
Galeri Seni Lukis pula
menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan
tangan dan peralatan muzik.
Muzium
Diraja Kedah
merupakan Bangunan yang diperbuat
daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735.
Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.