Tuesday, 8 January 2013

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA UNTUK DILAWATI / LIST OF INTERESTING PLACES IN MALAYSIA TO BE VISITED



Taman Tasik Taiping

                                                                          
Taiping Lake Garden dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping.


Kellie’s Castle
Kellie’s Castle dibina oleh Inggeris yang dikatakan belum pernah tinggal di dalamnya. Ia terletak berhampiran Batu Gajah, dan jika anda memandu lebih kurang 20-30 minit dari bandar Ipoh, Perak. Ia dibina pada tahun 1915 dan pembinaannya terhenti selepas kematian William Kellie Smith.


Teluk Intan Leaning Tower
Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor China, Chong Leong Choon, merupakan menara setinggi 25.5 m yang terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah suatu kemestian bagi mereka yang ingin melawat salah satu tempat menarik di negeri Perak. Pada awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di bandar. Kini, struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik bagi pengunjung.


Pulau Pangkor
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana.


Wetlands Putrajaya



Salah satu tempat yang menarik di Putrajaya yang terdiri lebih dari 70 spesies tanaman. Wetland di Putrajaya, Malaysia menjadi kawasan air tawar terbesar dibina di kawasan tropika di mana jumlah keseluruhan keluasan ada lebih kurang 200 hactares.


Masjid Putra
Masjid Putra adalah sebuah masjid berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ini terdiri daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.

Taman Botani














Taman Botani merupakan salah satu taman yang menarik dan menjadi satu tarikan sebagai taman tropika. Taman ini seluas 230 hektar atau 93 hektar bagi pembangunan taman ini. Terdapat kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini dapat anda lihat di mana lebih dari 700 spesies tanaman di taman ini berasal dari lebih dari 90 negara di dunia.


Pekan Kuah
Kuah yang dahulunya sebuah pekan kecil yang memiliki hanya beberapa batang jalan kini membangun sebagai sebuah kawasan yang menempatkan hotel-hotel, kompleks membeli-belah dan aktiviti perniagaan yang berkembang pesat. Kuah menawarkan pelbagai barangan bebas cukai seperti tembakau, kosmetik dan perkakas elektrik pada harga yang menarik.

Taman Lagenda

Merupakan taman-taman indah yang dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi dengan pameran yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dan setiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.
Kota Mahsuri

 
Dengan sejarah legendanya merupakan kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kini dipelihara buat tatapan generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, Kota Mahsuri ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang difitnah dan dihukum bunuh. Menurut legendanya, ketika menjalani hukuman mati, tubuh Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah menyumpah pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.

Pulau Redang


Pulau ini menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Pulau Bidong

 terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu 

Pantai tersebut dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa

Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem

 menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.


Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.


Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.


Poring Hot Springs
Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.


Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan cerita anda di sini.


Cameron Highlands
Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.



Taman Negara
Taman negara yang pertama dan tertua di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang menyeronokkan.


Gunung Senyum
Merupakan salah satu gua yang menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang dikatakan mempunyai nilai perubatan



Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.


Taman Rimba Kenong

Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.




Kuching Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.



Kampung Budaya Sarawak
Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.


Honey Bee Farm





Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah secara komersil  yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli  serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah.

Balai Besar

Dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.

Muzium Diraja Kedah

merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.


No comments:

Post a Comment